Wednesday, 13 November 2013

"You go straight, don't belok-belok.."


Seperti mana yang kita tahu, dalam hidup ni, selalu ada 2 pilihan.. Baik dan buruk, Syurga dan Neraka. Habis tu macam mana nak pilih? Tu depends kepada iman kita. Bila iman tinggi, yang kita cenderung hanyalah yang baik je. Kalau sebaliknya, lu pikir la sendiri..

Sebenarnya semua benda dalam dunia ni hadir dalam pasangan. Lelaki dan perempuan, tinggi dan rendah, gemuk dan kurus, kecil dan besar, panjang dan pendek and so on laa.. Banyak lagi laa, kalau nak list kat sini, 3 hari belum tentu habis.. Tetapi, Allah memberi ruang kepada kita untuk memilih apa yang mahu dituju.
Di sini lah ramai manusia terkandas, kerana menyangka Allah yang memaksa mereka untuk berpaling ke arah maksiat. Salah sebenarnya, memang salah..

Bila redha Allah berada di hadapan, sebaiknya tidaklah dilayan maksiat yang berada di sisi..Tapi ia bukan semudah kalam bertutur, even aku yang tulis blog ni pun bukan boleh elak dari maksiat senang-senang kalau bukan tanpa lindungan Allah. Sebab tu lepas solat kau jangan lari berambus macam tu je, doa kepada Allah supaya ditetapkan atas landasan redha Allah. Bukan susah pun, cuma iblis yang duduk keliling kita yang conviencekan kita supaya kata susah untuk berdoa..

"Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami kepada maksiat"

"Ya Allah, jauhkan aku dari maksiat"

"Ya Allah, ampunkan semua dosa kami sama ada yang telah berlalu ataupun yang akan datang"

Doa bahasa arab? Memang bagus tapi kalau tak faham maksudnya, afdhal kita doa guna bahsa melayu je. Siapa kata Allah tak terima? Kasi tau gua, jangan sampai gua kasi pancung! Mana ada Allah tak terima.. Even bahasa Thai or Japan or Korea or Germany or any languages more.. Semua Allah terima, asalkan ikhlas. Satu lagi, kalau nak doa tu jangan doakan keburukan orang lain.

Ok, balik kepada tajuk asal, bila pilihan menyelubungi fikiran, maka penyelamatnya adalah iman. Sebab tu kena kuatkan iman. Istiqamah dengan amalan.

Sering juga bermain di fikiran setengah insan :

"Kenapa Allah tetapkan aku jadi macam ni?"

Ketahuilah insan, bukan salah Allah, tapi salah diri sendiri. Tapi kita tak pernah tua untuk bertaubat. Bertaubatlah kerana Allah itu Maha Pemaaf. Banyak mana kita bermaksiat? Semua Allah boleh ampunkan.
Tapi itu bukan tiket untuk kita buat dosa, lepas tu taubat. Then buat lagi.. Itu Allah tak suka.. Bimbang kalau berterusan macam tu, Allah tak terima dah taubat kita. Sebab tak taubat nasuha.

Then, bila cakap pula pasal pilihan, ramai yang tanya macam mana nak buat pilihan yang betul dalam hidup? Aku pun tak tahu, sebab aku bukan ulama', tapi apa yang aku tahu, ilmu kena banyak, istiqamah dengan amalan.. Sebab nabi suka bila kita istiqamah dengan amalan walaupun sikit.

Ada seorang hamba Allah tanya aku, kenapa bila dia pilih untuk berhijrah kepada yang lebih baik, mesti ada saja ujian yang datang. Sebenarnya ujian tu tanda Allah nak naikkan tingkatan taqwa kita. Even Rasulullah pun diuji, kerana dia Kekasih Allah. Jadi kalau kita nak jadi insan yang Allah sayang jugak, kenalah terima ujian Allah dengan sabar.. Jangan duk komplen bagai..

Pilihan kita juga sebenarnya berkisarkan situasi? Tak, pilihan kita sebenarnya kena berkisarkan agama. kerana kalau kita sanggup berkorban demi Allah, demi agama, hmm takde jawapan lainlah.. Syurgalah jawabnya. Tu lah untung orang yang berjihad ke jalan Allah.

Sebab tu pilihan yang betul penting dalam hidup kita. Jangan sampai pilihan kita tersasar dari kehendak agama. Jangan juga pilihan kita menjadi songsang dan sakitkan hati orang. Sebab pilihan di dunia juga lah yang menentukan kita ke syurga atau ke neraka.

Bulan november kebulur idea sikit.. Salam.

No comments:

Post a Comment