Semua orang tahu usia semakin meningkat, umur semakin tua, tapi soalnya amal kita naik ke tidak. Itu yang menjadi persoalan semua abid yang setia dengan taqwa kepada Allah.. Lagi, apa yang kita perlu risau, ilmu kita..
Disebut antara tanda kiamat itu adalah ilmu ditarik. Ditarik dari kepala seperti cerita predator? Tidak. Ilmu ditarik dengan cara Allah mematikan para ulama'. Kerana mereka adalah permata kepada khalayak, jadi amat malanglah jika kita tidak menghargainya. Kalau pemain bola mati, mesti ada yang menggantikannya. Tapi jika ulama' mati meninggalkan kita, kemungkinan untuk ada pengganti tu sangat kecil, sangat sikit. Sedangkan ulama' yang menulis tasfir versi melayu meninggal, tiada siapa lagi yang menggantikannya.
Apabila ulama' mati, datanglah si jahil menjadi sumber ilmu khalayak. Maka mereka jugalah yang akan diangkat sebagai pemimpin. Kerana itu jugalah islam akan jadi porak peranda. Kerana si jahil itu sifatnya suka memberi fatwa yang sesat lagi menyesatkan tanpa ilmu dan amal yang mursyid.
Apa lagi yang diharapkan jika si jahil menguasai dunia? Maka itulah tanggungjawab kita sebagai muslim yang masih bernafas, untuk menghidupkan kembali roh Islam kepada dunia. Soalnya macam mana kita akan lakukannya jika amal dan ilmu kita kurang? Sebenarnya itu bukan penghalang kerana Allah tak pernah menghalang kita untuk terus belajar, cuma ktia yang sentiasa berfikiran sempit dengan mengatakan sudah terlambat untuk belajar dari awal.
Dua pilihan. Hidup sebagai pejuang atau mati sebagai syuhada'. Memang bunyinya agak susah. Tapi sebenarnya yang susah itulah besar rewardnya untuk kita. Bila Allah kata ia beri untung kepada kita, maka ia memang untung. Usahlah kita ragu dengan janji Allah.
Suka juga aku untuk berkongsi satu fakta menarik. Di airport Thailand, seat yang diberi layanan special ada tiga. Satu, ibu mengandung. Dua, OKU. Dan tiga, sami buddha. Alangkah indahnya jika di negara kita, seat yang special itu adalah ibu mengandung, OKU dan ulama atau ustaz yang berjasa untuk Islam, yang memberi sinar untuk Islam.
Ada satu lagi perkara yang akan berlaku apabila ulama' sudah tiada.. Iaitu timbulnya kaum atau golongan yang ilmunya bertambun tapi menyokong orang yang zalim. Ini sebenarnya bukan sifat sebenar ulama' haraki.
Anyway, sebagai syabab yang sudah sedar tentang kondisi ummah yang semakin nazak, menjadi kewajiban kita untuk bergerak memajukan Islam. Tapi sedih terhadap ummat itu ada sebab kita terlalu lalai dengan dunia. Terlalu lalai.. But we still have time to repent. Still! Wake up!
-muzuza-

No comments:
Post a Comment