Sunday, 3 November 2013

Hidayah

Lama dah aku dengar cerita ni dari seorang Ustaz, tapi baru hari ni Allah beri ilham untuk aku ingat untuk cerita dan kongsi kepada readers semua...

Cerita ni bukannya di tanah arab, bukan juga di bumi Malaya, dan bukan juga di Legoland, Disneyworld etc.. Tapi berlaku di negara Amerika.. Ada sorang Kristian ni, berhasrat untuk peluk Islam tiba-tiba je..Takde ribut takde hujan.. Ini berlaku selepas dua malam dia bermimpi benda pelik dalam vision mimpi dia laa..

Dia mimpikan satu cahaya yang terang datang kat dia.. First night tu dia okay je laa.. Malam next tu mimpi seklai lagi.. dah rasa lain macam.. Lepas tu jugak laa dia pergi cari seorang Imam Islam di negara Amerika..
Dia story-mory dekat Imam ni sampai laa reason dia datang jumpa Imam tu..

Si Imam rasa terkilan, terkejut, ta'jub.. semua ada.. sebab? Sebab di badan si Kristian ni ada 1001 jenis tatoo.. Ibaratkan dialah 'tauke' bab tatoo ni..Tapi itulah hidayah Allah, bukan dapat dijangkan.. But korang kena usaha cari baru dapat..

Pastu, bila dah cerita kat Imam, Imam tu ajar dia mengucap.. maka terungkaplah kalimah syahadah di mulut insan itu..

" Alhamdulillah !! " teriak si Imam..

gembira sebab saudara Islam yang baru ni, Imam ni ajak dia solat jemaah.. Solat fardhu asar.. Si fulan ni jenuh duk cakap kat Imam tadi dia tak pandai solat, even tengok orang solat pun tak pernah.. Imam ni cakap takpe, ikut je orang lain.. lama-lama akan terbiasa..

Rakaat pertama, ikutlah si fulan ni solat jemaah sama-sama.. Selesai.

Rakaat kedua, dah pandai sikit.. selesai.

Rakaat ketiga, rasa dah boleh catch-up.. selesai.

Rakaat keempat, terasa kemanisan pertama kali ber-dating dengan Allah.

TAPI, time last sujud rakaat keempat, si fulan ni sujud lama sangat... sampai imam dengan makmum lain dah habis solat lama dah.. Rasa ada yang tak kena, si Imam pun mula menolak si fulan.

Dupp! Terus terbaring si fulan.

Rupanya dalam sujud itu, tika dia paling rapat dengan Allah  time dating ( sujud ) itulah masa jasad berpisah dengan nyawa..

Dengan ustaz, dengan anak murid semua menangis.. sayu.

Teringat aku dengan kata-kata ni : " Orang yang bertaubat itu kekasih Allah "

Dupp, aku terfikir, aku ni selalu bertauat ke tak?

Walau tak berzina, walau tak berjudi.. Tapi itu tak cukup nak prove yang aku banyak pahala. Itu juga tak cukup nak kata aku tak perlu bertaubat.

Jumping to the conclusion, umur semakin naik. Rugilah kalau amal tak naik. Rugilah kalau diri masih tak sedar. Rugilah kalau taubat pun bertangguh.

Moga kita menjadi orang yang selalu bertaubat dan memperbaharui niat. Tajdid.

" Perjuangan masih panjang "

No comments:

Post a Comment