Thursday, 28 November 2013

"Pemadam.."



Suatu hari, aku balik dari usrah bersama sahabat yang tercinta.. Then, aku sempat sembang dengan naqib.. Dia tanya aku, "ingat tak zaman kecik-kecik dulu?"

"Ha? Ingat.."

"Time semua orang pakai pensel.."

"Yep, sebab sekolah rendah semua pakai pensel.."

"Okelah, ana nak enta kaitkan dengan realiti sekarang.."

"Nak kait macam mana?"

"Ana nak enta renung kepada 'pemadam' kat belakang pensel tu.."

"Oh, habis tu? Biasa je.."

"Enta ingat pesan ana ye, kalau tulisan kita boleh padam, kenapa kita tak boleh padamkan dosa kita? Sedangkan Allah itu Maha Pemaaf lebih dari cikgu kita yang marah kita buat silap masa kita kecik.."

Terdiam.

"Tapi sebenarnya orang yang lebih teruk adalah orang yang tak beri peluang untuk manusia berubah fikiran dan berusaha sesuatau yang baik..Tak beri peluang untuk manusia mencuba untuk berubah.."

"Hmm.."

Ingatkan saja kepada manusia, bahawa mereka tak berhak menghukum neraka kepada manusia.. Kerana nasib manusia berlainan.. Belajar untuk memaafkan kesilapan manusia, dan belajarlah untuk memohon maaf dari Yang Esa..

No comments:

Post a Comment