" Muslimah bukan tulisan braille yang perlu disentuh untuk mengenalinya"
"Muslimah yang solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga"
Itulah antara dialog yang biasa kita tengok di laman sosial spt Twitter, fb dan tumblr etc.. Kerana apa? Kerana nak tengok transformasi insaniah.. Perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Tapi hisab diri, tanya iman, ramai mana yang capai pangkat solehah sekarang? Atau sudah luput gelaran itu? Sedih, yeah memang sedih..
Ada juga yang kata kenapa nabi kata penghuni neraka itu ramai wanita? Ya, memang betul.. Kerana kurangnya yang berusaha untuk solehah.. Ada juga yang akan sound, asyik tulis pasal Muslimah je.. Kesian mereka, muslimin tu dah sempurna ke?? Sebab tu kena faham dulu frasa " Marah tu tanda sayang"..
Apa yang mahu ditekankan bukanlah ciri-ciri menjadi wanita solehah, itu dah banyak ditulis.. Yang mahu ditekan adalah kenapa muslimah tak mahu menjadi kelompok yang digelar solehah?
Sebab nak jadi popular? Popular tak salah, asalkan tutup aurat, ikut cakap mak ayah.. Jaga ikhtilat.
Pernah aku dengar seorang hamba Allah kata kat aku.. "Perempuan ni mudahnya nak masuk syurga.. tak payah tanggung dosa keluarga.. cuma ikut syariat je.."
Highlightnya adalah ;
1.Ikut hukum Allah
2.jaga ikhtilat
3.ikut perintah mak ayah kalau belum kahwin
4.ikut perintah suami
5.buat perkara sunat
Yang nombor 1, itu semua orang kena buat..Kerana tiada tiket untuk kita ke syurga melainkan menjadi abid yang setia kepada Allah..Yang nombor 2 tu yang liat sekarang ni.. susah kita nak jaga.. Especially budak sekolah.. Kemain lagi duk bermesraan bagaikan tiada garisan syariat.. Dia punya mesra macam dah berijab-qabul.. Jangan! Tolong jaga, kerana ikhtilat diabaikanlah zina berleluasa..Yang nombor 3 ngan nombor 4 tu kalau tak bertentangan dengan hukum syariat Allah laa.. yang nombor 5 pun bukan muslimat je yang lemah, yang muslimin pun lemah.. Yang sunat liat, maka susahlah dosa kita nak digugurkan.. Kerana ia ibarat lighter yang bakar dosa kita sikit-sikit..
Ada lagi cara extra.. Tapi yang ni susah sikit.. Iaitu berjuang ke jalan Allah.. Seperti sahabiah di zaman Rasulullah..Tapi bukan dengan cara join war macam dululah.. kalau dalam konteks kita sekarang, dakwah laa.. sebab ummah dah parah.. Jahil, itu jadi kebiasaan sekarang.. termasuk juge aku yang menulis ni.. bukan pandai sangat, cuma memandai je :p
Tapi tak salah kalau cuba kongsi idea sikit kan? Bukan apa, untuk mantapkan ummah juga...
Jumping to the conclusion, Muslimah, 'M' di awal perkataan Muslimah itu sepatutnya MEMBANGGAKAN, bukan menggoda.. 'U' pula sepatutnya UNIK bukan useless.. And for the next alphabet you allz reka laa sendiri pulak ye.. Yang penting adalah korang usaha jadi yang solehah, yang terbaik.. Memang betul, tiada yang akan jadi sempurna kat dunia ni.. Tapi Allah tak pandang kejayaan kita yang sempurna tu, Allah pandang laluan kita untuk berjaya, i mean usaha kita laa.. So, fighting! Lawan dugaan donya yang fana ni, be a better Muslimah for Islam !
-muzuza-

No comments:
Post a Comment