Saturday, 30 April 2016

Baca Wei!

Belakangan ni, banyak terima soalan dari kawan kawan dan sahabat tentang tips untuk membaca dan pilih buku yang berkualiti.

" macam mana nak pilih buku yang baik?"

"macam mana nak tahu buku tu baik untuk bentuk fikrah yang baik?"

" buku ni okey tak?"

"penulis ni bagus tak?"

"kalau buku ni tak okey cane?"


tu ANTARANYA.

Jadi, saya rasa terpanggil untuk menulis beberapa tips atau petua (macam laa aku pro) untuk memilih buku yang baik untuk pembaca amatur seperti saya.

okey, simple.

sedikit tips membaca dan secubit tips pilih buku yang baik.

baik dari segi pembinaan fikrah (baca:pemikiran) dan syakhsiah (baca:peribadi)

Ok Here We GO.

Satu.

Niat awal kita membaca mestilah ikhlas kerana Allah. Ini sabit kepada hadith nabi yang amat popular dan menjadi dalil awal kepada hampir kebanyakan kitab yang dikarang oleh ulama' yang dirahmati Allah.

Sabda Nabi ;

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan[1])tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).


Dalam Al-quran pun ada dalil pasal ikhlas ni. Tak caya belek surah Al-Bayyinah ayat 5.

Dua.

Membaca tak boleh dijadikan hobi bagi mereka yang hendak perjuangkan Islam. Membaca tak boleh hanya di masa lapang. Membaca satu kewajipan. Kalau membaca tu tak penting takde pulak Allah letak Firman pertama sebagai wahyu.

Itu dalil bahawa kita harus melazimi pembacaan secara berkala.

Untuk amatur, mulakan dengan satu bulan satu buku.

Then ascending and ascending.

Tiga.

Jangan membaca sebab nak hiburkan hati je, membaca sebab nak ilmu dan yang paling penting, membaca sebab kita nak berdakwah.

Nak tinggikan kalimah Allah di muka bumi.

itu, niat asal.

Kalau tak rasa diri kita sebenarnya adalah pendakwah, boleh rujuk hadith nabi yang bermaksud ;

" Barangsiapa yang mengucap kalimah La Ilaha Illallah maka dia adalah dai'e. "

Kalau tak kita yang beragama Islam ni yang nak tinggikan kalimah Allah, siapa lagi?

Allah berfirman dalam surah Aali Imrah ayat 104.

Empat.

membaca semata akan membuatkan ingatan kita hanya berlalu pergi.

Maka, penting juga bagi mereka yang suka membaca buku tentang sirah perjuangan anbiya', biografi tokoh islam dan lain untuk mencatat isi penting dan tarikh yang perlu diingati.

Pernah murabbi saya berpesan :

" Kalau tidak kita yang pelihara sirah nabi, siapa lagi yang nak ingat sirah nabi? Kalau Yahudi putar belit cerita sirah? Siapa lagi yang akan betulkan?"

Aku dah cukup deep dengan ayat tu, kalau korang tak rasa apa apa tak tahu laa.

Khamisan.

Jangan baca buku yang tidak sohih dan bercelaru faktanya. Pilih yang betul betul pasti.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat  ;


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. Al-Hujurot[49]:6)


Okay, tu membaca punya hal. Sekarang kita beralih kepada tips macam mana nak pilih buku yang baik.

Pertama.

Bahan bacaan akan pengaruhi dan membentuk fikrah dan cara kita berfikir. Oleh itu, pilih lah buku yang bersumberkan aqidah yang sohih dan benar. Bukannya buku yang mengajak kepada aqidah yang songsang dan penulis yang berpegang kepada ideologi yang bercelaru seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, sosialisme dan banyak lagi isme isme yang berbahaya.

Ada je buku yang nampak macam islamik, tapi sebenarnya mempengaruhi pembaca untuk menjadi ragu ragu dengan pegangan aqidah sendiri.

Allah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 103



Kedua,

Bacalah buku yang melengkapi aspek dalam islam.

Dah tu aspek dalam islam apa benda?

Islam ada tiga aspek.

Dakwah.

Tarbiyyah.

siyasah.

Dakwah, kerana umat semakin tenat. Tak kenal apa itu islam.

Tarbiyyah, kerana tidak cukup dengan berdakwah semata, perlu juga ditegur apa yang salah.

Siyasah, kerana islam menetapkan matlamat kepada kita. Amar makruf nahi munkar.

Jangan pilih buku yang cintan cintun je. serabai nanti haha. (walaupun tak kelakar, gelak je. layan saja kehambarannya)

Ketiga.

Bezakan antara penjual buku dengan penjual ilmu.

penjual buku, maka kita akan dapat buku.

tapi penjual ilmu, kita akan dapat ilmu yang mahu dikongsi.

Penulis hari ni mesti ikhlaskan niat untuk menulis.

Menulis biar atas dasar untuk membetulkan masyarakat.

seperti ulama' yang soleh.

Empat.

Elakkan beli buku yang ditulis oleh mereka yang menghina ulama' dan menulis bersumberkan kepala hotak sendiri, bukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Ini spesis penyangak yang paling bahaya dalam dunia penulisan.

Last but not least. (ayat skema dalam writing paper english masa sekolah dulu)

Banyakkan pilih buku ilmiah, bukannya buku yang bawa anda terbang ke alam fantasi.

Kerana dunia semakin tenat, kalau kita pun ikut sama tenat, maka jangan hairan nanti Allah dakwa kita untuk ke lubang jahannam sana. na'udzubillah.

ok, saya rasa tu la yang boleh diberi dari diri yang dhaif ini. Kalau ada salah, tegur bukan bash. (hashtag jangan kecam saya) OK?

Haha. (sekali lagi, ini hambar)

Abaikan kehambaran tadi, ingatlah musuh islam lebih ramai yang rajin membaca dari kita. kerana apa? kerana ingin menghancurkan umat islam. Kita yang nak kuatkan islam, lagi lagilah mesti rajin membaca.

No comments:

Post a Comment