" Lepas ni mungkin saya takkan mampu duduk diam lagi "
Quote yang sempat aku ambil daripada murabbiku yang tercinta.
Ini entry serius.
Dan sebagai muqaddimah saya ingin memohon maaf atas update yang lambat dan lewat. Exam problem, really.
Dan kali ini, entry tak lebih dari sekalung nasihat dari salah seorang murabbi saya yang baru pulang dari bumi anbiya' yang penuh rahmat, tapi kini dinodai dengan darah dan air mata oleh Zionis Laknatullah, Palestin.
" dah balik? "
tanya Ras.
" hmm, aku nak pergi main bola ni, nak join?"
tanya Qamar.
"Nanti lah, malam ni ada kuliah, taknak ikut?"
Qamar hanya mengangguk walau tidak berapa cenderung untuk ke kuliah.
" Sebelum kau main bola, aku nak cerita ni.."
Ras bermula untuk berkongsi cerita.
"Apa dia?"
"Ustaz kita baru balik dari Palestin, dia cerita banyak perkara dekat aku "
"Ye ke?! Apa cerita dia? "
tanya Qamar berminat.
Rahim yang hanya melintasi bilik mereka berdua pun mengetuk pintu lalu duduk mendengar perbualan mereka yang menarik perhatian.
Ustaz cerita lah, dia punya experience masa pi Palestin.
Masa mula-mula nak masuk Masjidil Aqsa, ada soldier Israel scan finger print. Lepastu terus keluar semua data Ustaz, keluarga dia. Dan kata ustaz, data tu diupdate setiap masa.
" Uish, maknanya lagi laju dari kau punya update Twitter laa doe? "
Qamar mencelah dengan niat menganjing.
" Uish kau ni. dengar cerita aku ni. Lepastu, Ustaz kata orang Islam di Palestin sekarang dah tak dibenarkan solat kat dalam, semua solat kat luar.
Tentera sekat doe. Lepas tu ustaz kata dia terpegun masa solat subuh kat Palestin "
"Awat?"
Khusyuk Rahim menyoal sambil tangannya mencapai kerepek ubi yang ada di hadapan mereka bertiga.
" Saff semua cantik weyh, sama, rapat dan mantap. Ustaz kata mungkin sebab tu mereka kuat, sebab dalam ibadah, mereka sepakat, bersatu. Bukan macam kita, bila kita tegur orang sebelah kata saff tak rapat, kita yang kena marah, tak pun buat donno je. "
Ras bersungguh berhujjah sambil menepuk belakang tangan kanannya di tapak tangan kirinya.
" Tu laa, kadang tu menyampah gak ah"
" Sebab tu kita nak semua faham Islam. bukan kita yang belajar course agama je. Sebab kalau semua orang faham Islam, mudah urusan untuk kita dakwah, tarbiyah masyarakat. "
"Alah, kadang, salah para pendakwah gak. Depa rasa depa alim, perfect, mana nak kawan dengan orang jahil. Lagi, malu nak dakwah orang. Tu pun penyakit gak tu ."
" betul lah, tapi mad'u pun ada silap dia. Bila kita tegur, kata jangan jaga tepi kain dia la, kubur suku-suku la. Sombong, ego nak terima nasihat. Sebab umat punah. "
" Ha, betul. Weh, sambung cerita ustaz tadi. "
Rahim menyampuk sambil memeluk dua kepala lututnya.
" Ha! Lagi, ustaz sempat jumpa imam besar masjidil Aqsa. Dia sempat tanya, macam mana nak elak rasa malas nak perjuangkan agama. "
" Apa yang Syeikh jawab?"
" Syeikh kata : " Ingatlah kepada Allah dan Rasul, serta mujahidin. serta kami yang sentiasa berhadapan dengan senjata di kala kami ingin 'bertemu' dengan Allah. Tapi kamu hanya kata malas bila diajak berjihad?"
"Mak aih, deep teruk woi!"
Qamar mencelah.
"Tu laa, Ustaz cakap kat aku, selama ni kalau dia pi travel jauh, malam tu mesti dia mintak skip atau tangguh dulu kuliah dia dekat surau atau masjid. Tapi kali ni, tak. Dia pergi gak kuliah walau dia penat gila "
"Tu laa orang kata, taujihad yang menusuk qalbu haha "
" Ye laa, yang kau ni nak ikut aku ke tak pi kuliah? sembang kencang, kalau setakat reply "deep","SENTAP" dekat twitter, lepastu tak amal apa yang kau deepkan tu, takde guna gak "
"Aiih, parah aku kena. haha, ye, aku pergi. "
" Aku rasa nak pergi gak ah Palestin, ambil roh jihad dari sana. "
" setahu aku, kalau nak pergi sana kena buat wasiat siap-siap en?"
"yep, bukan wasiat je, hutang semua kena beres. "
" hutang pun kena settle?"
" ye laa, kalau tak tersangkut roh kau tak naik langit tau! Nih, hutang aku bila nak bayar?"
"hehe, ye laa nanti aku bayar. Weyh, kau laa ni, aku dah lewat nak main bola!"
Marah Qamar.
" Lewat ape kebendenye? baru pukul 6 kot "
Ras cuba menenangkan Qamar yang berang.
" Takleh lah, aku tak pernah lewat kot sampai padang. "
"Solat jemaah lewat takpe pulak?"
Ras menyindir.
Mereka bertiga diam.
Qamar berlalu meninggalkan bilik Ras.
Rahim ikut.
Sebelum menyelak daun pintu, Qamar sempat berkata kepada Ras,
"Wei, kalau kau nampak aku macam lalai, sambil lewa dalam berdakwah, nak bawak Islam, lempang aku. "
Ras senyum.
"Kerana sakit dunia lebih baik daripada sakit di akhirat "
Fuhh, akhirnya. Update untuk bulan December.

No comments:
Post a Comment