Tuesday, 22 September 2015

Salam Eidul Adha! :]

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. SEgala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Kali ini, saya ingin berkongsi apa yang perlu untuk kita sebelum membuat ibadah yang sarat dengan ibrah dan pengajaran. Untuk pengetahuan semua, ibadah qurban adalah salah satu dari syiar Islam.

Apa itu Syiar?

Syiar itu dengan makna lain adalah lambang kemegahan Islam. Oleh itu, Syiar Islam mestilah dilaksanakan dengan kesempurnaan dan keikhlasan. Dan dengan perpos itu, saya suka hati untuk berkongsi ilmu saya yang cetek ini bersama anda, Moga bermanfaat :)

ULANGKAJI BAB KORBAN

★ Hukum berkorban ialah sunat muakad.

★ Binatang yang boleh dibuat korban antaranya ialah :

1)biri-biri
2)kambing yang lebih umur 2 tahun
3) unta 5 tahun keatas
4)lembu 2 tahun keatas.

4 JENIS BINATANG YANG TIDAK BOLEH BERKORBAN

1) Binatang yang buta.
2) Haiwan yang tempang (kekcok).
3) Binatang terang-terangan sakitnya.
4) Binatang yang kurus yang kurang dagingnya.

PERKARA AFHDAL KORBAN

1) Binatang yang putih
2) Binatang yang gemuk (sihat)
3) Binatang bertanduk

WAKTU PENYEMBELIHAN

★ Selepas solat sunat adha hingga 13 zulhijah sebelum terbenam matahari.

SUNAT KORBAN

1) Membaca basmalah
2) Selawat keatas nabi
3) Menghadap kiblat
4) Bertakbir
5) Berdoa supaya Allah menerima korban
6) Daging tidak boleh dijual

Akhukum fillah,
Muzuza,
23 September 2015.

No comments:

Post a Comment