Sunday, 20 September 2015

Dai'e pun kena beratur gak!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Sekian lama tak menconteng di belog, sekarang saya kembali dengan harapan anda tak frust  anda masih belum lupakan risalah dakwah dan tanggungjawab sebagai muslim yang sebenar. (ayat skema gila) Saya ingin berterima kasih kepada semua yang berada di sisi saya ketika senang dan susah selama ini especially semasa kesihatan saya sedang meruncing baru baru ini. Terima kasih!

Jadi saya rasa tugas menyebarkan islam tak berhenti apabila seseorang tak sihat je kan? Kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri tak pernah kenal apa itu erti penat dan lelah untuk melihat Kalimah Allah dijunjung tinggi di dunia ini. Oleh itu, kita mesti ambil ibrah yang sepatutnya dengan meneruskan perjuangan Baginda.

Saya berminat untuk menyentuh isu yang mungkin dikira tidaklah dominen mana jika nak dibandingkan dengan isu yang lain. Namun ia dah jadi satu penyakit yang membarah dalam masyarakat kita.

Apa penyakit tu? Satu perkataan, disiplin. Antara sebab saya mengambil poin ini untuk difokuskan adalah kerana belakangan ini saya perhatikan keadaan para du'at sekalian yang mungkin bercita-citakan ilmu yang tinggi tapi sayang sekali tidak mempunyai integriti dan disiplin yang cukup tinggi untuk memperoleh thiqah dari mad'u.

Qudwah sebelum dakwah itu salah,
Tapi dakwah dan qudwah itu perlu seiringan.

Firman Allah S.W.T :

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخير ( الأحزاب : 21 )
Maksudnya : Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak.


Mungkin ada yang fikir, ilmu itu lagi penting dari adab. Tapi itu sebenarnya 360 darjah menyimpang. Adab mengatasi ilmu, ha! Baru betul! Kerana orang yang mengajak mesti faham dan amal yang diajak, baru orang ada feel dan percaya untuk ikut apa dakwah yang kita sampaikan.

Anda mesti tahu, walau dengan hanya memotong barisan ketika beratur pun sudah cukup untuk membuatkan orang lain hilang percaya kepada kita yang ingin berdakwah dan mentarbiyyah.

" Orang yang nak mentarbiyyah, mesti rela untuk ditarbiyyah "

Antara keadaan yang saya lihat dengan mata kepala sendiri apabila seorang yang banyak ilmu dan selalu bersyarah tentang agama tidak berdisiplin :

1) "alah, dia pun buat! ada hati nak ajak orang buat baik "
2) " sembang punya kencang pung pang pung pang cakap pasal islam, dia sendiri terbalik terbongkang

Nampak? Hilang trust orang puteh kata.

Tapi saya juga tidak setuju dengan persepsi bahawa orang yang tak sempurna akhlaknya tidak boleh berdakwah. Ingat, dakwah itu tanggungjawab semua.

Nabi S.A.W bersabda :

"sesiapa yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah, maka dialah Dai'e"

Oleh itu, dakwah mesti diteruskan walau apaun yang berlaku. Bukan salah dakwah jika dai'e tak berakhlak.

Bukan salah Islam jika penganutnya tak berakhlak,
Bukan salah dakwah jika dai'e tak berakhlak.
Tapi salah diri sendiri.

Betul, kita ada sifat nakal. Ada juga yang kata :

" dakwah tak boleh serius sangat, nanti mad'u bosan"

Betul. Saya sokong. Tapi terkadangnya gurauan kita jadi over dan melampau sampai lupa tanggungjawab dan amanah yang sebenar.

Nakal dan tak berakhlak ada beza.

Nakal itu sifat yang hampir semua sahabat saya ada (hekhek). Nakal ni maksudnya tak selalu serius tapi tak berakhlak itu adalah kerana pilihan kita sendiri. Bukan kerana orang lain atau persekitaran.

Balik kepada topik asal, ketahuilah nakal itu bukannya penyebab utama kepada tidak berdisiplinnya seorang dai'e atau muslim. tapi terimalah hakikat bahawa MUNGKIN SESEORANG DAI"E ITU SUDAH TAK MAHU BERADA DI MEDAN DAKWAH LAGI atau lebih lembut jika saya katakan dai'e itu mungkin perlukan lebih bimbingan dari sahabat dan murabbi atau naqib.

Timbul pulak satu lagi isu. Nak jadi dai'e, nak jadi Murabbi ummah, tu dah bagus. Tapi usrah selalu ponteng, majlis ilmu macam chipsmore (kadang kadang ada kadang kadang tak). Macam mana tu? Nak jadi dai'e tak boleh lari dari proses tarbiyyah diri sendiri.

Bukanlah nak kata Muzuza ni dai'e yang perfect dan berjaya, tapi itu hakikat. Saya tahu saya sendiri banyak kurang dan cacat celanya. Jangan lah marah ye! :)

Bukan ke dalam hati kita nak islam nombor 1? Seperti yang kita letak di biografi Pencicit, Muka Buku, Belog dan InstaGram? Kalau nak jadikan biografi anda itu satu realiti, kena banyakkan usaha untuk sebarkan islam, tambah ilmu dan istiqamah.

Barulah boleh lihat, Malaysiaku Aman sejahtera! :) (senyum kambing)



No comments:

Post a Comment