Kadang-kadang terasa jugak cabarannya bila menulis. Takde idea, tak mampu istiqamah, dan paling teruk, tak mampu amal. Mohon maaf jika ada yang menunggu lama update dari saya. ( bajet ada orang tunggu sangat)
Itu kerana kadang-kadang saya hilang semangat. Mujur ada sahabat yang selalu di belakang. Yang support. Bila cakap pasal hilang, tanpa kita sedar sebenarnya kita selalu kehilangan. Tapi itu tak menjadi satu masalah yang besar. Kerana kehilangan itu suatu yang biasa dalam hidup.
Kenapa biasa?
Kerana apa yang ada di dunia ini semuanya hak Tuhan. Sebab tu lah kita tak pernah layak dan tak pernah ada hak untuk marah dan merungut bila tak dapat suatu yang dihajatkan. Kerana bukanlah suatu benda yang zalim untuk kita jika Tuhan tidak kabulkan doa kita.
Peringatan juga di situ.
Tuhan berikan apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu.
Jadi. mengapa perlu mengeluh? Puncanya sebab kita rasa cukup ego dan cukup gah untuk tidak diterima.
Jadi, jika anda mengalami kehilangan, jangan ingat anda juga hilang tempat bergantung.
Tapi most important, apa yang hilang, mesti kita baiki atau pulihkan.
Sedangkan selipar yang hilang di masjid pun kita dah susah hati,
lagikan hilang semangat, hilang ilmu, hilang iman?
Na'udzubillah.
Jangan sampai kita biar semua 'yang bernilai' untuk kita di akhirat hilang.
Sebab nanti kalau kita dah 'hilang' dari dunia ni, susah.
Satu soalan saja ditanya.
Hilang punca kita menjawab soalan malaikat itu.
And lastly.
Maafkan saya juga, kerana lama 'menghilang' dari dunia blog buat sementara waktu.
Sekali lagi, maaf.
Doakan saya, agar lebih istiqamah dalam menulis.
Jangan biar saya hilang dari dunia dakwah.
Maaf sekali lagi, entri kali ni takde gambar.
Gambar hilang.
Hehe.
26 April 2015
Muzuza.

No comments:
Post a Comment