Friday, 11 April 2014

"wahai anakku.."

tumblr


just a short entry.

buat yang menghargai nikmat Tuhan di pagi hari.

teringat kepada kisah ahli hukamah yang hebat sehingga Allah mengangkat namanya di dalam Al-Quran.

orang kata jika mahu anak pandai, baca surah itu.

sebenarnya quran ni kalau baca semua rahmat, fadhilat mesti ada.

takyah risau, sebab rahmat tu melimpah, cuma kita yang rabun.

back to the topic. hukamah yang hebat.

namanya Luqmanul Hakim.

suatu hari anaknya bertanya kepadanya.

" jika ada satu perkara, apa perkara yang paing baik dipunyai oleh seseorang?"

dia menjawab

"jika satu, itulah agama"

"jika dua?"

"itulah agama dan harta"

"jika tiga?"

"itulah agama, harta dan akhlak yang baik"

"jika empat?"

"itulah agama, harta, akhlak yang baik dan sifat malu."

"jika lima?"

" itulah agama, harta, akhlak yang baik, sifat malu dan sifat dermawan."

"jika enam?"

" wahai anakku, jika seseorang mempunyai kelima-lima sifat ini, maka sudah cukup baginya."

kepada parents kat lar sana, harap dapat terap anak-anak dengan jalan yang betul.

kepada teeangers lak, harap tak lalu jalan salah.

kepada semua yang membaca, harap dapat ambil ibrah.

-muzuza-

No comments:

Post a Comment