Monday, 16 December 2013

"Aku tak Baca Novel Cinta! " Parte two

                                                                       [tumblr]

...tiba-tiba, BUUUMM!!!

"Apa tu?"

Farhan rasa macam ada yang tak kena.

"Angkat dia cepat, panggil ambulans! Cepat!!" teriak khalayak yang lalu lalang..

"Apa yang berlaku? Aku tak nak pandang.." bisik Farhan yang alah dengan darah tahap kronik.

Farhan hanya lari dari kawasan tanpa mengetahui dan tidak mahu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya..

Selang sebulan, hasrat seorang insan untuk meminang srikandi hati akan tercapai.

Farhan dengan berani pergi ke rumah pilihan hati dengan bertemankan sahabat dan beberapa orang keluarga. Kata Farhan, dia sudah tak ragu dan takut lagi. Moralnya kini sudah mantap untuk meminang gadis itu..

Sesampainya di destinasi, semuanya berlalu seperti biasa.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam. Ye? Anak ni nak cari siapa?"

"Err, saya ni sebenarnya ada hajat datang ke sini.. Hajat yang besar kata orang.. " jawab Farhan

"Oh, masuk, masuk! Silakan!"

"Terima kasih pak cik.. " Senyum ke telinga si Farhan

"Jom naik.. " ajak Farhan kepada rombongannya..

Duduk bersila.

"Jadi apa hajatnya anak ni sebenarnya? "

"Erm, kata orang, saya ni nak petik bunga di taman pak cik laa ye.."

Berkerut dahi pakcik..

"Kenapa nak bagitau? Ambik aje.. Pak cik tak kisah.. Banyak jenis yang ada..."

"Eh?" Ternganga Farhan

"Ros ada, bunga kertas ada, tahi ayam pun ada.. Ahh, bunga raya pun ada.."

"Err,, sebenarnya bukan tu maksud saya.. "

"Wei, camne ni? Pakcik ni tak faham laa.." bisik Farhan kepada salah seorang sahabatnya, Izzudin.

"Erm, cakap je terus niat kau! sen-

"Alaaa, pakcik gurau pun nak kecoh.. Pakcik faham laa niat kamu.. Tapi pakcik sebenarnya nak bagitau sape2 yang pinang anak pakcik, kena ada 3 syarat... dulunya2 aje, sekarang jadi 3.."

"Ahaha.. Apa dia pakcik?"

"Orang yang nak jadi menantu pakcik kenalah beragama.. Sebab dia akan pimpin anak pakcik sama ada ke syurga atau ke neraka di akhirat nanti.. Yang kedua, orang tu kenalah tanggungjawab dengan amanah dia.. Sebab bila berumah tangga ni, dosa bini suami yang tanggung.."

Farhan hanya mengangguk bersetuju..

"Tapi............ Apa yang ketiga?"

"Hmm.................................................. Yang ketiga ni berat sikit... Kamu kena sabar dan sanggup terima kurangnya anak pakcik.."

"Saya tak kisah, asal dia baik saya terima aje.. " dengan konfiden Farhan menjawab

Tiba-tiba,

" Kamu tak faham, dah ramai yang datang meminang, tapi bila pakcik tunjuk anak pakcik, mereka semuanya tak sanggup.."

Rombongan menjadi muram dan nervous.

Farhan dengan beraninya, "Kalau macam tu, biar saya lihat anak pakcik.."

keluarlah sang pilihan hati Farhan yang sudah lama diminati dalam hati..

Rombongan meminang Farhan semuanya terkejut... Termasuk Farhan.

Mukanya bertompok-tompok.. Tangan kirinya hanya ada 3 jari.

"tak, bukan ke muka dia cantik? " bisik hati Farhan

Farhan terus membisu.

Kemudian, dia berkata.

" Saya terima!"

"Betul kamu sanggup nak jadikan dia isteri kamu?" tanya si ayah kepada gadis pilihan

"Ya, saya sanggup."

"Baiklah, kalau macam tu, kamu kena janji dengan pakcik. Kamu kena amanah dengan bakal isteri kamu.. "

"InsyaAllah, saya akan cuba amanah dengan anugerah yang Tuhan beri kat saya.."

Rombongan beransur pulang.

"Abang, betul ke keputusan dia? " tanya makcik kepada pakcik

"Dia tu nampak macam orang yang baik, abang yakin. kalau anak kita orang baik, yang jadi jodoh dia pun orang baik juga.." jawab pakcik

Bila Farhan tiba di rumah sewanya, Farhan terfikir..

" macam mana dia boleh jadi camtu? aku tengok dia sebelum ni cantik je.." madah hati Farhan

Sambil membelek mukabuku, Farhan ternampak satu post di garis masa akaunnya.


" Alhamdulillah, sahabat aku akan bertemu jodoh.. Tahniah Zinnirah."

Kelihatan tulisan berwarna biru di nama 'Zinnirah'.

Terdetik di hati Farhan, " sape pulak Zinnirah ni?

"Wei, sape Zinnirah ni? " tanya Farhan kepada kelasmet yang juga hausmetnya, Hazwan.

"Alaa, buat tak tahu pulak..."

"Ha?"

" Bakal bini kau laa wei.."

"Ha? Serius? "

Farhan menjadi makin berdebar..

"Rupanya dialah yang insiden hari tu.. Sebab aku dengar nama Zinnirah ni.. Sebab tu dia jadi macam tu.. "

"Dalam novel kata, kalau kau tak kenal sape bini kau, maknanya tak sweet nanti.. Aku baca novel laa.." sampuk seorang hausmet

"Ahh, tu semua tak betul. Kau ingat bahgia ni novel yang tentukan? Allah lah yang tentukan.. " jawab Farhan

"Tapi ramai yang kata novel ni real weii.. " balas hausmetnya lagi

" percayalah, Aku tak baca Novel Cinta! " jawab Farhan

Titititititititititittitititititititititit!!!! bunyi telefon bimbit Farhan

mesej.

"Farhan, balik kampung. Ayah dah takde.."

-bersambung-

Masih memikirkan kesinambungan yang seterusnya. Maaf jika part ini sedikit bosan. Moga klimaks padapart yang seterusnya akan lebih menarik dan memberi ibrah. Saya menghargai jika anda semua memberi feedback atau cadangan melalui akaun twitter : @Officialmuzuza tentang kisah Farhan setakat ini. mungkin tentang kekurangan atau apa yang boleh diperbaiki dalam kisah ini.. Tunggu sambungannya di waktu yang terdekat.







No comments:

Post a Comment